CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 8 March 2012

KETAWA YG BERLEBIHAN

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum..Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulis blog..Lama dah x createnya,,hehe^_^

  • Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yg menarik.Senyum Rasulullah SAW itu sendiri b'peringkat2,peringkat yg paling tinggi ialah baginda tersenyum sehingga kelihatan gigi gerahannya.
  •  Menurut Imam Hassan Al-Banna,ketawa yg hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yg sedikit & beradab(ketawa adalah fitrah yg tidak boleh dihalang),manakala ketawa yg "haram" ialah ketawa yg berlebih-lebihan krn ia merupakan perbuatan sia2 & melalaikan hati.
  • Rasulullah SAW bersabda yg b'maksud: "Banyak ketawa mematikan hati & menghilangkan kehebatan seorang mukmin."
  • Rasulullah SAW telah melihat satu kaum yg ketawa berlebih-lebihan,lantas baginda bersabda:"Kalaulah kamu tahu apa yg aku ketahui nescaya kamu akan bnyak menangis & sedikit ketawa."
Inilah p.k0ngsian dri ana hari ini,,Jangan bnyak ketawa nnti cepat lupa....jdinya ketawa sederhana ja..InshaALLAH^_^
Ma'ssalamah wa Ilalliqa'...

Saturday, 4 February 2012

MA'HAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH (MATRI)

mATRi oh mATRi

:- Mak kata...
Baguslah kan...anak mak dapat belajar kat Matri..
mak bukanlah nak anak mak excellent akademik tp..cukuplah skadar mak dapat tengok anak mak jdi solehah sblm mak mati..
nnti ada org boleh tolong doakan mak kat akhirat.
Anak mak sayang..
Jgn hampakan harapan mak...
Air mata mak sentiasa mengiringi p'jlnnmu...

======================================================

:-Ayah kata...
Blajarla elok2 kat Matri tu..
ramai ulamak kat sana.
Ayah sanggup kluarkan duit ayah
banyak2 utk anak y ayah sayang.Asalkan pengorbanan ayah
x sia2
Jd la anak y solehah sejuk hati
ayah.. Ayah nak tengok anak ayah
berjaya dunia akhirat. Jgn hampakan hati ayah...

======================================================

adik-adik kata...

akak,
baguih la akak lepas masuk
matri... makin cun pakai
tudung labuh...

Blajar la elok2 kat sana
adik pernah nampak mak menangis,rindu kat akak

ayah pun sama...
Balik nanti..
tunjukkan kat mak ngan ayah
y akak dh jdi anak y solehah
Bahagiakan hati mak taau..
mak ngan ayah rindu gila kat akak...

Jealous adik!!

tunjukkanlah qudwah hasanah kpd
adik-beradik di rumah nanti,Bantulah mak &
ayah , bukan selalu nak balik rumah , kan??Ingat ALLAH selalu...

Matri...
di sinilah akan ku mulakan
Mengorak langkah ...
mengatur perjalanan..
mata ke hadapan...
Menuju..
menggapai Mardhotillah..

pesanan buat diriku:Semoga aku dapat teruskan perjuangan di Bumi Wakafan MATRI
semoga b.jaya di dunia & akhirat..InshaALLAH^_^
~ Kakak2 lepasan MATRI,,do'akan kami form 1 2012~
Uhibbukunna fillah
~ jiddan2 'ala nafsiy~

Kakak2 halaqah 2012:~Kak Najihah-F4
:~Kak Mai-F3

jazakillahukhairan kathira=)

Monday, 23 January 2012

PAHALA UNTUK SEORANG WANITA=)

Assalamualaikum....Apa Khabr semua ??Lama x tulis blog ni,,alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulisnya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Di bawah ini disenaraikan fadhilat ke atas seseorang perempuan apabila melakukan sesuatu pekerjaan.Mudah-mudahan ini dpt m.berikan suntikan motivasi untuk kita terus menjadi muslimah yg solehah dan terbaik dari semua segi.

Berikut ialah himpunan hadis RASULULLAH SAW tentang kelebihan ke atas seseorang wanita Muslimah:-

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2..Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3.Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5.Wanita yg memberi minum susu kpd anaknya daripada badannya(menetek)akan dpt satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yg diberikannya.
6.Wanita yang melayan baik suami pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan m.dapat pahala jihad.
7.Wanita yg habiskan malamnya dgn tidur tidak selesa krn menjaga anaknya yg sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8.Wanita yg melihat suaminya dgn kasih sayang dan suami melihat isterinya dgn kasih sayang akan dipandang ALLAH dgn penuh rahmat.
9.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya,akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari.Wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga,kemudian menunggu suaminya dgn menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yg sakit akan diampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya ALLAH memberi 12 tahun pahala Ibadat.
11.Wanita yang memerah susu binatang dgn "bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dgn doa keberkatan.
12.Wanita yang menguli tepung gandum dgn "bismillah", ALLAH akan berkatkan rezekinya.
13.Wanita yang menyapu lantai dgn berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di BAITULLAH.
14.Wanita yang menjaga solat,puasa dan taat pada suami,ALLAH akn mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yg dia suka.
15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.Setiap kesakitan pada satu uratnya ALLAH mengurniakan satu pahala Haji.
18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati Syahid.
19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
21.Jika wanita memberi susu badannya kpd anaknya yg menangis,ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22.Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23.Wanita yang meninggal dunia dgn keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Hadis tentang doa wanita lebih aula' (utama):-)

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki krn sifat penyayang yg lebih kuat daripada lelaki.Dalilnya ialah ketika ditanya kpd RASULULLAH akan hal tersebut,jawab baginda,  "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah:-)

Di bawah ini adalah beberapa petikan hadis yg menyatakan kelebihan wanita solehah,mudah-mudahan dgn membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kpd kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.InshaALLAH.

"Empat jenis,siapa yg diberi akan keempat-empat jenis ini bererti dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat.Iaitu hati yg selalu bersyukur,lidah yg sentiasa berzikir,jiwa yang selalu sabar dgn cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
[Hadis Riwayat At-Thabrani]

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertaqwa kpd ALLAH akan sebaik-baik keperluan baginya selain dari isteri yg solehah.Jika ia menyuruh,isteri mentaatinya.Dan jika dia melihat kpd isterinya,isterinya menyukakan hatinya.Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya,isterinya tetap juga berbuat baik kpd suaminya.Dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya." [Hadis Riwayat Ibnu Majah]

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yg cantik,mungkin paras rupa yg cantik,mungkin paras rupa itu membawa kehancuran,jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kpd kezaliman.Tetapi kahwinlah wanita krn agamanya,seorang wanita hamba yg hitam yang menghayati agamanya sesungguhnya lebih baik".[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

Alhamdulillah,,selesai sudah~semoga ia bermanfaat InshaALLAH,,
Oklah!!Ma'assalamah wa Ilalliqa'=))

Monday, 5 December 2011

KHALID BIN WALID

Assalamualaikum..Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulis di blOg nie.semoga Kalian dlm jgaan ALLAH,,InshaALLAH^_^

Sebelum Islam,Khalid bin Walid terkenal sebagai pahlawan Quraisy yang disegani.Beliau seorang pemuda yang gagah berani dan cekap.Di dalam peperangan Uhud,Khalid bin Walid mengetuai barisan tentera Quraisy dan bertindak keras terhadap mujahid-mujahid Islam.Kecekapannya menunggang kuda dan bermain senjata dapat memecahkan barisan lawannya.

Takdir ALLAH telah menentukan,Khalid bin Walid menerima cahaya hidayah dan berminat mahu memeluk Islam.Ia berkata,"Demi ALLAH,aku akan menemui RASULULLAH untuk memeluk Islam."

Khalid bin Walid berharap agar ada beberapa orang sahabat-sahabatnya berniat sepertinya.Dia terus berangkat ke Madinah bersama-sama Khafilah Muslimin untuk menemui RASULULLAH S.A.W. Dalam perjalanan,Khalid telah bertemu dengan dua orang sahabatnya,Uthman bin Talhah dan Amru bin al Ash.Mereka berdua juga mahu ke Madinah atas tujuan mahu memeluk Islam.

Pada awal bulan Safar tahun kelapan Hijrah,Khalid bin Walid telah menemui RASULULLAH S.A.W. dan menyatakan mahu memeluk Islam.RASULULLAH S.A.W menerima Khalid dgn baik,lalu bersabda, "Wahai Khalid,sesungguhnya aku telah melihat bahawa engkau seorang yang berakal dan aku mengharapkan agar engkau menjadi seorang muslim yang lebih baik."

Dengan rasa rendah diri,Khalid berkata, "Ya RASULULLAH,ampunilah segala kesalahanku terhadap agama Islam." Lalu RASULULLAH S.A.W berkata, "Dengan memeluk Islam terhapuslah segala dosa dan kesalahanmu."

Setelah Khalid al-Walid,Amru bin Al-Ash dan Uthman bin Talhah memeluk Islam,mereka berjanji setia kepada Nabi mereka dan melaksanakan segala suruhan agama dengan ikhlas.

Di peringkat awal,Khalid bin Walid turut serta bersama-sama para sahabat ajma'in di dalam penyebaran agama Islam.Beliau membantu tentera-tentera Islam di dalam peperangan Mu'tah yang hebat menentang Romawi.Khalid mampu mengatasi tentera Romawi dgn membentuk strategi yang baik walaupun jumlah tentera Islam amat sedikit ketika itu.Dari peperangan itu,Khalid bin Walid telah menerima gelaran "Pedang ALLAH" dari RASULULLAH S.A.W.

RASULULLAH S.A.W telah melantik Khalid bin Walid sebagai ketua angkatan tentera Islam dalam penaklukan ke atas kota Makkah.Khalid telah menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sempurna serta kemenangan yang besar.

Di dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A.,Khalid bin Walid telah ditugaskan memerangi orang-orang yang murtad.Ketika itu terdapat segolongan umat manusia murtad telah mengangkat Musailamah Al-Kazzab sebagai seorang nabi palsu.Khalid bin Walid telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas mereka sehingga ramai mujahid Islam mati syahid.

Dalam peperangan itu,Khalid berjaya menghapuskan orang-orang murtad dan membunuh Musailamah Al-Kazzab.Abu Bakar As-Siddiq menyambut kemenangan tentera Khalid dgn sukacita dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

Dalam pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq,kekuatan kerajaan Farsi di Iraq telah banyak menghalang perkembangan Islam.Khalid bin Walid telah ditugaskan oleh Abu Bakar As-Siddiq untuk menundukkan kerajaan Farsi.Khalid bin Walid terus mengerahkan tenteranya memerangi tentera-tentera Farsi dan berjaya menakluki kerajaan Farsi.

Kemudian Khalid bin Walid ditugaskan untuk membantu tentera-tentera Islam menentang tentera Romawi.Dalam peperangan itu,panglima tentera Romawi berkata ,  "Kamu semua datang ke mari kerana terpaksa dan kemiskinan,Jika kamu setuju,setiap anak buahmu akan menerima 10 dinar dan barang keperluan daripada kami.Pulanglah segera  ke negerimu." Khalid bin Walid tidak memperdulikan pelawaan itu,sebaliknya ia mengarahkan pasukan muslimin terus menyerang orang-orang Rom.Dalam peperangan itu,pasukan muslimin telah mencapai kemenangan.Di waktu itu seorang panglima Romawi yang bernama George telah memeluk Islam dan memihak kepada Khalid bin Walid.Ia turut gugur syahid bersama mujahid-mujahid yang lain.

Apabila Umar Al-Khattab R.A menjadi Khalifah Islam,Khalid dipecat dari jawatannya secara mendadak.Tempatnya digantikan oleh Abu Ubaidah bin Jarrah,seorang panglima Islam yang tidak kurang hebatnya.Ia dilakukan atas alasan bahawa Khalid terlalu cepat menghayunkan pedang kepada musuhnya.Uman R.A. mensifatkan bahwa pedang Khalid terlalu pantas,bukan sifat peribadinya.

Ketika Khalid bin Walid meninggal dunia,Khalifah Umar R,A. menangis kesedihan.Jasa dan pengorbanan Khalid kpd perjuangan Islam tidak dapat hilang dari ingatannya.Bahkan ketika jenazah Khalid hendak dimakamkan,Umar R.A. berkata, "SemOga engkau lebih berani daripada harimau yang sangat buas."

Alhamdulillah,,selesai sudah kisah KHALID BIN WALID=)SemOga ia bermanfaat,,InshaALLAH^_^

~>Ilalliqa'...Assalamualaikum...,,,

Tuesday, 29 November 2011

Imam Muslim

Assalamualaikum....semoga kalian d.berkati ALLAH slalu,,inshaALLAH^_^

Nama lengkap beliau ialah Imam Abdul Husain bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi.Dia dilahirkan di Naisabur tahun 206 H.

Kehidupan dan Pengembaraannya:-

Kehidupan Imam Muslim penuh dengan kegiatan mulia.Beliau merantau ke berbagai negeri untuk mencari hadith.Dia pergi ke Hijjaz,Iraq,Syria,Mesir dan negara lain-lainnya.Dia belajar hadith sejak kecil lagi,yakni mulai tahun 218 H.Dalam perjalanannya.Imam Muslim bertemu dan berguru pada ulama' hadis salah seorangnya Imam Al-Bukhari & ramai lagi..

Wafatnya:-

Setelah mengharungi kehidupan yang penuh berkat,Imam Muslim wafat pada pagi Ahad,dan di makamkan di Kampung Nasr Abad Daerah Naisabur pada hari Isnin,25 Rejab 261 H dalam usia 55 tahun.Selama hidupnya,Imam Muslim menulis beberapa kitab yang sangat bermanfaat.

Kitab tulisan Imam Muslim:-

Imam Muslim mempunyai kitab hasil tulisannya yang jumlahnya cukup banyak.Di antaranya:

1.Al-Jamius Syahih
2.Al-Musnadul Kabir Alar Rijal
3.Kitab al-Asma' wal Kuna
4.Kitab al-Ilal
5.Kitab al-Aqran.

Kitabnya yang paling terkenal sampai kini ialah Al-Jamius Syahih atau Syahih Muslim..


Ok,,Wallahua'lam...Assalamualaikum...........=)

Imam al-Bukhari

Assalamualaikum...Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulisnya,,semoga kalian dlm rahmat ALLAH selalu..inshaALLAH^_^

 Riwayat Hidup:-


a.Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail.

b.Beliau dilahirkan pada 194 Hijrah bersamaan dgn 810 Masihi di Bukhara.

c.Imam Al-Bukhari buta sewaktu kecilnya,berkat doa ibu bapanya,akhirnya beliau dapat melihat.

d.Imam Al-Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu hadis. 


e.Beliau berasal dari keturunan yang alim.Bapanya seorang yang alim,soleh,warak dan pernah menuntut ilmu dgn Imam Malik.

f.Imam Al-Bukhari meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan dgn 872 Masihi ketika berusia 62 Tahun. 

Peribadi:-

a.Imam Al-Bukhari berusaha dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.

b.Beliau teliti dan berhati-hati dalam sesuatu perkara yang dilakukannya.

c.Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat.Beliau telah hafaz Al-Quran sejak kecil.

d.Beliau sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama sekali ilmu hadis.


e.Imam Al-Bukhari sangat berminat pada ilmu hadis.Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dgn ulama'-ulama' hadis dan mendapatkan ilmu daripada mereka.

f.Beliau sangat warak(taat kpd suruhan ALLAH S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya) dan tidak makan benda-benda yang syubhat.

Pendidikan:-

a.Imam Al-Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia sebelas tahun.

b.Ketika berusia enam belas tahun,beliau mengunjungi kota MAKKAH dan kota MADINAH 
dengan tujuan untuk menuntut ilmu.Selama enam tahun beliau mengikuti pengajian hadis daripada ulama'-ulama' di sana.

c.Beliau kemudian mengunjungi Basrah,Mesir,Hijjaz,Kufah dan Baghdad untuk mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Nabi.

d.Berkat kesungguhan,usaha gigih dan mempunyai daya ingatan yang kuat,Al-Imam Al-Bukhari telah hafaz segala hadis-hadis yang diperoleh daripada 80,000 orang ahli hadis.Mengikut satu riwayat,beliau telah hafaz 600,000 buah hadis beserta sanadnya.


Sumbangan:-

a.Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah sumbangan Imam Bukhari yang paling besar.

b.Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah himpunan hadis-hadis Nabi yang paling sistematik dan penting sebagai rujukan umat Islam selepas Al-Quran.

c.Imam Al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam usahanya mengumpul,menapis,menyelidik dan menyusun hadis-hadis tersebut untuk dimuatkan dalam Kitab Sahih Al-Bukhari.

d.Kitab "Sahih Al-Bukhari" mempunya 7,275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600,000 buah hadis.Hadis-hadis tersebut disusun mengikut bab-bab yang tertentu termasuklah bab feqah.Kemudian dihuraikan menjadi beberapa pecahan seperti ibadat,muamalat dan jenayah.

e.Terdapat sebuah kitab yang telah dihasilkan oleh Al-Imam Al-Bukhari iaitu Tarikh Al-Kabir yang terdiri daripada hadis-hadis yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari... 

Alhamdulillah,,,inshaALLAH,,setakat nie dlu..Kalau ada masa lagi,,Ana tulis..
~Assalamualaikum......Wallahua'lam=) 

Sunday, 27 November 2011

Jagalah ALLAH,Necaya ALLAH Menjagamu..

Assalamualaikum..Alhamdulillah,,ALLAH beri kesempatan untuk menulis d blOg ini...semOga Kalian dalam Jagaan ALLAH,,INSHAALLAH^_^

Daripada Abu Abbas,Abdillah bin Abbas r.a. berkata:Saya pernah berada di belakang Nabi SAW pada suatu hari,maka beliau bersabda:

Maksudnya:"Wahai anak,saya hendak mengajarimu beberapa kalimah;Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu;jagalah ALLAH nescaya engkau mendapati-Nya bersamamu;jika engkau meminta,mintalah kepada ALLAH;jika engkau meminta tolong,mintalah tolong kepada ALLAH.Ketahuilah bahawasanya,jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dgn sesuatu,mereka tidak dapat melakukannya kecuali dgn sesuatu y telah ALLAH tetapkan bagimu,dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dgn sesuatu,mereka tidak dapat melakukannya kecuali dgn sesuatu y telah ALLAH tetapkan bagimu.Telah diangkat kalam dan telah kering tinta(dakwat) lembaran-lembaran itu(tintanya)."

Dalam riwayat selain Imam  al-Tirmizi disebutkan:

Maksudnya: "Jagalah ALLAH nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu;kenalilah ALLAH pada waktu lapang nescaya  Dia mengenalimu pada waktu kesusahan.Ketahuilah,bahawa apa y luput daripadamu tidak bakal mengenaimu,dan apa y mengenaimu tidak bakal luput daripadamu.Ketahuilah bahawa bersama kesabaran ada kemenangan;bersama kesusahan ada jalan keluar;dan bersama kesulitan ada kemudahan."

Sabda RASULULLAH SAW: "Jagalah ALLAH,nescaya engkau mendapati-Nya di hadapanmu,"

Maksudnya hendaklah beramal kerana-Nya dgn penuh ketaatan sehingga ALLAH tidak memandangmu sbgai orang y menyalahi perintah-Nya,nescaya kamu akan mendapati ALLAH menjadi penolongmu di waktu kesusahan.

Sabda RASULULLAH SAW: "Jika engkau meminta,mintalah kpd ALLAH,jika engkau meminta tolong,mintalah tolong kpd ALLAH," 

memberikan petunjuk supaya bertawakal kpd ALLAH,tidak bertuhan kpd selain-Nya,tidak menggantungkan nasib kpd siapa pun baik sedikit ataupun banyak.ALLAH berfirman:

Maksudnya:"Dan sesiapa y bertawakal kepada ALLAH,maka ALLAH pasti akan memberinya kecukupan.
[Surah al-Talaq 65:3]

Pengajaran:

  • Sesiapa y melaksanakan perintah-perintah ALLAH SWT nescaya ALLAH akan menjaganya di dunia dan di akhirat.
  • Beramal soleh serta melaksanakan perintah ALLAH SWT dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang daripada kesulitan.
  • Jangan meminta apa pun selain daripada ALLAH SWT
  • Manusia tidak akan dapat mengalami apa-apa musibah kecuali berdasarkan ketetapan ALLAH SWT
  • Kita hendaklah sentiasa menghormati waktu dan menggunakannya kpd sesuatu y bermanfaat  sebagaimana y ditunjukkan contoh oleh RASULULLAH SAW.
  • Pergunakanlah masa mudamu untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.
  • Orang yang selalu bersyukur kpd ALLAH SWT akan mendapat perhatian,pertolongan dan perlindungan.
  • Hanya kpd ALLAH SWT kita panjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat,Maha Menjawab,Maha Kuat dan merupakan Zat y tidak pernah bosan memberi.Meminta pertolongan kpd selain daripada ALLAH SWT merupakan kehinaan,kerendahan dan kelemahan.
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar akan mendatangkan keberanian,ketenangan dan ketenteraman.
  • Kita hendaklah bersabar dengan musibah y didatangkan daripada ALLAH SWT.Kemenangan hnya akan diperolehi dgn kesabaran.Kita juga hendaklah sabar dgn perlakuan tidak baik orang lain kpd kita.
  • Kita hendaklah bersabar di medan da'wah mahupun di medan perang. 

Alhamdulillah,,selesai sudah~semoga ia bermanfaat:)Di kesempatan ini,Ana nk mengucapkan ~Salam Ma'al Hijrah 1433~kpd semua umat Islam....semOga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum ni,,inshaALLAH^_^Ana mohon maaf kalau ada salah & silap ketika menulis...semoga Kita dlm Jgaan ALLAH,,inshaALLAH=)

Assalamualaikum.......!:p,,